Diterbitkan pada 16 Mac 2024, 15:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Dalam empat kategori Hadiah Sastera Perdana Malaysia, kategori kanak-kanak tidak banyak menerima pencalonan.

Justeru diharap lebih ramai penulis dan penerbit dapat menghasilkan karya bermutu untuk kategori ini.

Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan Roziah Md Yunus menyatakan hal tentang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022 dalam rancangan bual bicara di Bernama Radio, Khamis lalu.

Roziah berkata, HSPM ialah acara dwitahunan yang diadakan sejak 1970-an dan dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera sebelum dijenamakan menjadi HSPM pada tahun 1996.

“HSPM kali ini memberi pengiktirafan kepada karya yang diterbitkan pada tahun 2021 dan 2022, dan terbahagi kepada empat kategori utama.

“HSPM membawa impak yang baik sejak ia dianjurkan kerana ia memberi pengiktirafan kepada karya bermutu tinggi di peringkat negara dan secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada penerbit dan industri.

“Ia juga memberi galakan kepada khalayak untuk membaca buku yang bermutu dan merangsang minda pembaca,” katanya.

Kredit Gambar: Kobby Mendez/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi