Oleh Karmila Azmi
28 Februari 2024, 15:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan berusaha untuk mengembalikan semula kadar hadiah yang ditawarkan bagi setiap kategori dalam pengiktirafan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022.

Ketua Pengarahnya, Dr. Hazami Jahari dalam sidang medianya tengah hari tadi berkata, DBP sebagai penganjur akan memastikan sastera tetap mendapat pengiktirafan.

“Kami sedang berusaha mengembalikan nilai hadiah bagi semua kategori HSPM yang sebelum ini dikurangkan,” katanya.

Sebelum ini, pada penganjuran HSPM 2017/2018 dan 2019/2020, semua kategori yang dipertandingkan dalam HSPM dikurangkan, misalnya bagi kategori novel ialah RM10,000, diturunkan kepada RM8,000.

Hal itu pernah dilaporkan oleh BH pada 29 November 2022 yang turut memuatkan ulasan daripada penulis dan persatuan penulis.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Hazami turut mengumumkan pencalonan untuk Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) 2023 dibuka.

Katanya, pencalonan itu boleh dikemukakan oleh badan atau institusi yang sah dan berdaftar atau orang perseorangan. Tarikh tamat pencalonan adalah pada 25 Mac 2024.

Kredit Foto: Mohamad Adib Zulkifli

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.