Oleh Suyuthi Yusuf
13 Oktober 2023, 12:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Senarai pendek Anugerah Baillie Gifford 2023 (The Baillie Gifford Prize for Non-Fiction) telah diumumkan pada 8 Oktober lepas. Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Juri bagi tahun ini, iaitu Frederick Studemann (editor buku Financial Times).

Enam buku bukan fiksyen yang meliputi pelbagai topik (politik, sejarah, perubahan iklim, musik, tarian) telah diumumkan sebagai senarai pendek bagi anugerah tersebut pada kali ini. Antara buku tersebut ialah:

  • Time to Think: The Inside Story of the Collapse of the Tavistock’s Gender Service for Children oleh Hannah Bernes.
  • Red Memory: Living, Remembering and Forgetting China’s Cultural Revolution oleh Tania Branigan.

  • Revolutionary Spring: Fighting for a New World 1848-1849 oleh Christopher Clark.

  • Time’s Echo: The Second World War, The Holocaust, and The Music of Remembrance oleh Jeremy Eichler.

  • Mr. B: George Balanchine’s Twentieth Century oleh Jennifer Homans.

  • Fire Weather: A True Story from a Hotter World oleh John Vaillant.

Pemenang bagi anugerah ini akan menerima £50,000 pound sterling, manakala para penulis lain yang berada dalam senarai pendek pula akan menerima sebanyak £5,000 pound sterling.

Selain Frederick Studemann sebagai ketua juri, para juri yang lain ialah Andrea Wulf (sejarawan), Arifa Akbar (pengkritik teater bagi akhbar The Guardian), Ruth Scurr (sejarawan), Tanjil Rashid (wartawan), dan Andrew Haldane (ketua pegawai eksekutif bagi Royal Society of Arts).

Menurut kenyataan Frederick Studemann dalam laman web bagi anugerah tersebut, beliau berpuas hati dengan keluasan tema, originaliti karya dan kerelevanan karya tersebut dengan keadaan semasa sekarang.

Pemenang akan diumumkan pada 16 November di Science Museum, London. Tonton pengumuman senarai pendek tersebut di sini:

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.