Oleh Mohd Rosli Bakir
10 Oktober 2023, 12:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pontian – “Jadikan kawasan pelancongan ini sebagai idea atau ilham dalam penghasilan sesebuah karya”.

Demikian kata-kata oleh Yang Berhormat (YB) Dato’ Haji Jefridin Atan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, ketika merasmikan Festival Puisi Tradisional Penghujung Selatan Benua Asia (Festival PUTRASIA 2023) di Pusat Peranginan Tanjung Piai, Kukup, baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Kementerian Pelancongan Seni Budaya Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) akan menjadikan Tanjung Piai sebagai pusat utama dalam menggerakkan puisi tradisional di negara ini dan nusantara.

Oleh itu, beliau yang mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua pengarang menghasilkan karya tentang ‘Penghujung Selatan Benua Asia’  untuk diterbitkan. Katanya;

Hal ini bukan sahaja dapat memperkenalkan Tanjung Piai sebagai penghujung Selatan Benua Asia tetapi juga dapat mempertingkatkan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan.

Selain itu, beliau turut menyeru agar para pengarang menghasilkan puisi tradisional seperti gurindam dan syair dengan memvariasikan puisi tersebut supaya dapat menarik minat masyarakat mendekati, menghayati dan meminati sastera khususnya.

YB Dato’ Haji Jefridin Atan menerima cenderamata daripada Ketua Satu PPJ, Amiruddin Md.Ali Hanafiah sewaktu program berlangsung di Kukup, baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Amiruddin Md.Ali Hanafiah, Ketua Satu PPJ; Mohd Riduwan Wahab, Pengarah DBPWS dan Rektor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), Prof. Madya Dr. Hussin Salamon.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.