Oleh Karmila Azmi
4 September 2023, 18:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penulis Malaysia dialu-alukan untuk menyertai Hadiah Cerpen Komanwel 2024 yang membuka tirai penyertaan bermula 1 September lalu.

Hadiah sastera berprestij itu mensyaratkan bahawa setiap karya yang dihantar mestilah antara 2000 hingga 5000 patah perkataan dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana medium.

Yayasan Komanwel dalam kenyataan akhbarnya menyebut, karya mestilah dalam bahasa Inggeris atau yang diterjemahkan, manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 November 2023.

Hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menghantar karya dengan setiap penyertaan mestilah dihantar menerusi pautan ini.

Pemenang keseluruhan akan menerima RM29 380.19, manakala pemenang wilayah akan menerima RM14690.10 (£2500). Karya pemenang wilayah akan diterbitkan di Granta.

Yayasan Komanwel dalam kenyataan akhbarnya turut menyebut, untuk edisi kali ini, panel hakim akan diketuai oleh novelis Uganda-Britain, Jennifer Nansubuga Makumbi. Beliau ialah pemenang keseluruhan Hadiah Cerpen Komanwel 2014.

Turut berada dalam senarai hakim ialah O Thiam Chin yang mewakili wilayah Asia; Shashi Bhat (Kanada/Eropah); Richard Georges (Caribbean); dan Melissa Lucashenko (Pasifik).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.