Diterbitkan pada 1 Julai 2026, 07:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

London – Penulis Trinidad dan Tobago yang mencetuskan kontroversi penggunaan kecerdasan buatan dalam penghasilan cerpen “The Serpent in The Grove”, Jamir Nazir diumumkan sebagai pemenang keseluruhan Hadiah Cerpen Komanwel 2026.

Laman Facebook rasmi Yayasan Komanwel sebentar tadi melaporkan, Pengerusi Panel Hakim, Louise Doughty, bersama-sama barisan hakim edisi 2026 berkata, mereka amat berbangga dengan senarai pendek, pemenang rantau dan pemenang keseluruhan tahun ini.

Jamir Nazir

Katanya, “The Serpent in the Grove” ialah karya yang asli, puitis serta menyentuh perasaan.

Jamir dipilih sebagai pemenang daripada 7,806 penyertaan yang diterima dari seluruh negara Komanwel.

Cerpen “The Serpent in the Grove” mengangkat tema pengkhianatan, kelangsungan hidup dan keteguhan semangat seorang wanita dalam latar masyarakat luar bandar di Trinidad.

Pengumuman pemenang dibuat menerusi tayangan sebuah video filem yang mendokumentasikan lima pemenang serantau Hadiah Cerpen Komanwel 2026.

Filem video itu boleh ditonton di sini.

Terdahulu dalam kontroversi berkaitan cerpen berkaitan, Yayasan Komanwel menolak tuduhan umum yang mendakwa cerpen tulisan Jamir dihasilkan menggunakan AI.

Kredit Foto: Yayasan Komanwel
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi