21 Ogos 2023, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Johor Bahru Nirnama merupakan novel yang mengetengahkan elemen keislaman agar dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada pembaca.”

Demikian kata-kata Hilal Asyraf dalam program Bedah Novel Nirnama: Dimanakah Dakwahnya? yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bersempena Karnival Bitara Bahasa Negara, baru-baru ini.

Sebagai penulis, perkara ini adalah salah satu cara untuk berdakwah dan menyampaikan kebaikan tentang ajaran Islam.

Nirnama merupakan sebuah novel fantasi, namun diselitkan elemen Nusantara, iaitu memasukkan kisah dan watak seperti Mat Jenin, Hang Nadim, Si Tanggang, Sang Kelembai serta Pak Kaduk yang diadun dengan cermat, mudah difahami malah mempunyai unsur-unsur suspens yang dapat memancing minat pembaca untuk terus melekat membaca sehingga ke penghujung cerita. Jelas beliau;

Saya suka menonton filem Parasite yang memberikan inspirasi dalam berkarya.

Filem itu menggunakan bahasa Korea, pelakon berbangsa Korea, dan latar cerita juga di Korea Selatan, namun berjaya meraih kemenangan besar dalam anugerah yang dianjurkan di Amerika Syarikat.

Melalui kisah ini, saya mendapat inspirasi untuk menggunakan elemen-elemen tempatan seperti latar tempat dan budaya serta menyuntik nilai-nilai Islam dalam novel ini untuk memperkukuh identiti bangsa.

Beliau turut berkongsi kisah cabaran yang terpaksa dihadapi dalam mempromosikan novel  ini kerana diterbitkan ketika negara dalam pasca-pandemik COVID-19.

Ketika menerbitkan novel Nirnama pada tahun 2021, timbul kebimbangan bahawa novel ini tidak dapat dijual kerana kita baru bebas daripada pandemik COVID-19. Namun perancangan Allah itu sangat indah.

Nirnama menjadi salah satu karya paling laris dan terjual sehingga 16,000 unit walaupun negara sedang pulih daripada pandemik COVID-19.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.