4 Ogos 2023, 11:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tangkak – Program “Pameran Inilah Sebuah Buku: Selusuri Cerita Kelahirannya” merupakan anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam cawangan Tangkak dengan Komuniti Buku Pengkarya Johor (KBKJ)  yang bermula pada 1 Jun hingga 3 Ogos 2023.

Pameran yang bertempat di Galeri Pameran Perpustakaan Awam Tangkak tersebut adalah sebagai usaha menjadikan daerah Tangkak sebagai “Wilayah Buku”. Selain itu, pameran ini diharapkan menjadi pencetus dan galakan kepada masyarakat yang menjadikan buku sebagai sumber ilmu dan inspirasi kehidupan.

Murid sekolah sekitar daerah Tangkak mengambil peluang melihat pameran ini.
Encik Isnin Tawaf, Ketua 1 KBKJ.

Menurut Encik Isnin Tawaf, Ketua 1 KBKJ dan pengurus projek ini,

Para pengunjung berpeluang melihat proses penerbitan buku dan majalah Bambino pada era sebelum lahirnya komputer. Di samping itu, beberapa model mesin taip juga dipamerkan, membawa pengunjung kembali ke zaman ketika penulis dahulu menggunakan mesin taip untuk menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan makalah atau berita yang diterbitkan dalam majalah atau surat khabar. Pendedahan seperti ini memberi pengunjung pengetahuan yang menarik tentang evolusi perkembangan dunia penulisan dan penerbitan buku.

Jelasnya lagi, “pameran ini bukan sekadar pameran biasa. Kami mahu mencipta pengalaman berbeza buat pengunjung”.

Pengarah DBPWS, Encik Mohd Riduwan Wahab (tengah) dan Encik Armin Azhari Salleh, Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja (kiri) bersama-sama dengan Encik Isnin Tawaf.

Encik Mohd Riduwan Wahab, Pengarah DBP Wilayah Selatan semasa melawat pameran ini turut menyatakan bahawa,

Pameran ini sangat menarik dan sesuai diadakan sebagai perkongsian ilmu kepada orang awam terutama kanak-kanak dan remaja untuk mengetahui proses penerbitan buku dari zaman dahulu hingga kini. DBPWS menyokong usaha murni badan bukan kerajaan seperti Komuniti Buku Pengkarya Selatan yang aktif menganjurkan program dan pameran untuk komuniti Tangkak.

Untuk makluman, PPAJ Cawangan Tangkak dan KBKJ menganjurkan pelbagai program pada setiap tahun. Antara program yang pernah dijalankan ialah Siri Program Mencari Hamka, Inspirasi Setem: Memperkasa Cita Negara, Pameran Penulis Wanita Johor, Pameran dan Membaca Naskhah Penerima Anugerah SEA Write dan penerbitan buku bertajuk 50 Esei Hari Guru dan Cikgu Bawalah Saya ke Syurga.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.