Oleh Rasoul Manan
26 Mei 2023, 22:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Mengingat Matahari karya Rosli K. Matari telah diumumkan sebagai pemenang utama Hadiah Puisi T. Alias Taib 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC), pada petang tadi bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Rosli K. Matari telah mengalahkan empat lagi penyair yang disenarai pendek iaitu Sarah Ross, Khanafi, Naseer Mikraj dan Afiifah Shariha. Penyampaian hadiah dan pelancaran karya pemenang Hadiah Puisi T. Alias Taib telah disempurnakan oleh Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan selaku perasmi.

SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan sebagai perasmi pada Majlis Pengumuman dan Pelancaran Naskhah Pemenang Hadiah Puisi T. Alias Taib di Pentas Utama sempena PBAKL 2023.

Sebelum mengumum dan melancarkan karya, beliau telah mengimbau kenangan dan memperkatakan tentang T. Alias Taib.

 T. Alias Taib merupakan pengarang penting tanah air yang banyak memfokuskan kepada penulisan puisi. Karya beliau banyak menerima anugerah dan sering diperkatakan secara kritis oleh peminat dan pengkaji sastera.

Lantas inisiatif yang diambil oleh pihak penganjur untuk mengabadikan ketokohan T. Alias Taib sebagai ikon sastera dan puisi amat bertepatan.

Hadiah Puisi T. Alias Taib yang sebelum ini dikenali dengan nama Sayembara Puisi merupakan anjuran Penerbit Kata-Pilar. Edisi pertama dianjurkan pada tahun 2017/2018 dan pada kali ini sebanyak 193 manuskrip telah diterima. Edisi kali ini berjaya menarik minat penyair Indonesia untuk turut sertai iaitu saudara Khanafi.

Berikut merupakan senarai akhir dan pemenang utama Hadiah Puisi T. Alias Taib;

Pemenang Utama:

  •  Mengingat Matahari oleh Rosli K. Matari

Finalis:

  • Bunga Bengkok di Dada oleh Khanafi
  • Empat Musim di Bibir Emak oleh Sarah Ross
  • Luka Mencair Sebagai Sunset oleh Naseer Mikraj
  • Warna Manusia & Oyen Melukis Sinekdok oleh Afiifah Sharina
Karya-karya yang dilancarkan sebentar tadi.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.