Oleh Rasoul Manan
6 Mei 2023, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Mulai 26 Mei hingga 04 Jun 2023, kita akan beraya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKl) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)”.

Demikian antara inti pati ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2023 merangkap Pengerusi TV Alhijrah.

YBrs. Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron sedang berucap sebagai tetamu khas di Malam Baca Puisi PENA, semalam.

Beliau menjelaskan perkara ini ketika menghadiri majlis ‘Malam Baca Puisi PENA Edisi Mei’. Acara ini juga bersempena sambutan Aidilfitri 1444H.

Jelas beliau lagi, PBAKL kali ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei dan pelbagai acara menarik menanti para pengunjung.

Program seperti “Laman Santai Seni” yang diadakan mulai tahun lepas, bakal kembali menemui hadirin dan program “Tarung Puisi” turut diadakan bertujuan meraikan penyair dari Malaysia dan Indonesia.

Malam Baca Puisi Edisi Jun juga bakal diadakan di pentas utama PBAKL. Sebanyak 811 reruai dibuka dan bakal menyajikan pelbagai karya untuk para pengunjung.

Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP sedang mendeklamasikan puisi.

Seterusnya, program dimeriahkan dengan persembahan deklamasi puisi oleh Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari.  Dr. Saleeh Rahamad selaku Presiden PENA turut mendeklamasikan sebuah sajak.

Dr. Saleeh Rahamad selaku Presiden PENA sedang membaca puisi bersempena Malam Baca Puisi anjuran PENA.

Majlis turut diserikan dengan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara (SN), iaitu Datuk Dr. Anwar Ridhwan diikuti Roslan Madun, Aminah Mokhtar, Sani Sudin, dan Marsli N.O.

SN Anwar Ridhwan sedang mendeklamasi puisi dengan penuh penghayatan pada Malam Baca Puisi PENA.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.