27 Februari 2023, 11:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – Buku kumpulan sajak berjudul Fragmen Memori di Daerah Sepi karya Rosnani Ahmad terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah karya yang sarat dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai tema yang pelbagai seperti ketuhanan, kemasyarakatan dan alam sekitar. Hal itu dinyatakan oleh Ibnu Din Assingkiri, salah seorang ahli panel dalam majlis Bicara Karya Penulis Utara bersempena dengan Festival Buku Langkawi 2023 yang diadakan di Pusat Beli-belah Langkawi Fair, Langkawi pada 23 Februari lepas.

Menurutnya lagi, sajak-sajak yang ditulis dalam buku ini diolah dan disusun rapi serta mempunyai makna yang luas. Contohnya ialah sajak berjudul “Bonda” yang mengisahkan suka duka seorang ibu dalam membesarkan anak-anak. Keistimewaan lain buku ini juga adalah kerana ia memaparkan tentang dunia seorang wanita dan ibu. Selain itu, ada juga sajak-sajak yang ditulis dalam buku ini merupakan sajak ilmiah dan juga sajak-sajak kabur yang mempunyai makna atau maksudnya yang tersendiri. Ujarnya,

Pengarang juga pandai bermain kata-kata dalam mengolah sajak-sajak supaya dikarang dengan baik dan sempurna.

Ahli panel kedua, Putraery Ussin pula membicarakan novel Pulau Kasih karya Zainol Idris. Ujarnya, kreativiti pengarang terlihat dalam karya ini yang cekap mengambil imej yang berlatarbelakangkan pulau. Secara asasnya, novel ini menceritakan tentang percintaan muda-mudi dan sebenarnya merupakan kesinambungan daripada cerpen yang dihasilkan oleh pengarang dalam buku antologi cerpen remaja berjudul Artis Korea Bertudung Bawal.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.