31 Januari 2023, 15:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar Majlis Bicara Buku Kumpulan Drama Pentas Sepatu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd Zulkamal Ismail atau lebih dikenali sebagai Joe K.A.S telah diadakan di Bazar Buku Kedah 2023 bertempat di Kompleks Star Parade, Alor Setar, Kedah pada 28 Januari lepas. Bicara buku tersebut dikendalikan oleh Pengarah DBP Wilayah Utara, iaitu Puan Nurul Julia Alani Henry.

Cikgu Sharif Shaari daripada Persatuan Penulis Perlis (3P) yang menjadi ahli panel dalam program tersebut mengatakan bahawa beliau mengenali Joe K.A.S sudah agak lama. Beliau juga berasa bangga dan bersyukur kerana diberi penghargaan menulis kata pengantar untuk buku tersebut.

Untuk menulis kata pengantar, kita perlu tulis dengan berhati-hati dan cermat serta penuh yakin kerana buku ini akan dibaca oleh masyarakat. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh masyarakat yang berbagai kaum dan merupakan salah satu naskhah terbaik yang diterbitkan oleh DBP.

Selanjutnya, beliau juga menyatakan tentang asal dan maksud perkataan drama dan teater.

Drama membawa maksud melakukan sesuatu berasal dari Yunani. Manakala perkataan teater membawa maksud satu tempat untuk menonton juga berasal dari Yunani.

Joe K.A.S sendiri dalam majlis tersebut menyatakan bahawa beliau menulis skrip drama pentas yang terdapat dalam buku itu secara peluru tabur. Jelasnya lagi,

Untuk menjadi seorang penulis, seseorang itu perlu merasai kehidupan sebagai seorang penulis. Perlu ada imaginasi dan kreativiti dalam bidang penulisan.

Antara hadirin yang hadir dalam majlis bicara buku tersebut.

Beliau yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah berharap agar buku tersebut akan menjadi bahan bacaan oleh peminat sastera dan juga masyarakat di negara ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah bekas Editor Buletin Jendela Utara, Encik Zainal Abidin Mohd Zain; Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, Encik Fahmi Che Mat; Pengurus Pusat Seni dan Budaya Universiti Utara Malaysia (UUM), Puan Asmawiza Hussin; Pengurus Besar Menara Alor Setar, Encik Zamrie Abdul Razak dan Puan Farhana Othman dari Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia Negeri Kedah.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan puisi artistik  yang berjudul “Pesan Bonda” oleh Amir Dgreat dan persembahan lagu puisi oleh Ed Lazim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.