3 November 2023, 16:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Gabungan Grup Teater Negeri Sarawak akan mementaskan teater Hikayat Sarawak Makmur, sebuah teater yang mempamerkan pengisahan pada era sebelum dan selepas merdeka, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor pada 4 November ini.

Pementasan yang dibuat bersempena dengan ulang tahun ke-60 Sarawak Merdeka itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), RTM dan Yayasan Warisan Johor.

Sebelum itu, teater ini telah dipentaskan di Balai Budaya, DBPCS pada 21 Oktober 2023 yang lalu dengan kehadiran penonton mencecah hampir 500 orang.

Pengarah Encik Helmi Isa memberitahu, pementasan Hikayat Sarawak Makmur bertujuan memberi pendedahan kepada golongan anak muda terhadap perjalanan dan perjuangan negeri Sarawak dalam mencapai kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati pada hari ini.

Yang kita inginkan ialah terbitnya rasa cinta terhadap negeri ini. Sebab itulah perjuangan kemerdekaan pada zaman Rosli Dhoby, Sharif Masahor dan Tun Openg diketengahkan melalui pementasan ini.

Sementara itu, penulis skrip teater Hikayat Sarawak Makmur, Encik Dahiri Saini menyatakan bahawa Hikayat Sarawak Makmur menterjemahkan konteks kemakmuran yang sudah lama berlaku di Sarawak dan turut melihat signifikan penjajahan Raja Brooke di Bumi Kenyalang.

Orang ramai dijemput hadir ke Auditorium Permata Sari, RTM Johor untuk menyaksikan pementasan teater ini pada jam 8 malam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.