15 Januari 2023, 06:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Arau – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis mencemar duli hadir dalam program Malam Bahasa Jiwa Bangsa bertemakan “Perlis Kota Puisi Islam” anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Anjung Siswa, UiTM Cawangan Perlis pada malam tadi.
Malam Bahasa Jiwa Bangsa tersebut diserikan dengan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara ke-15, Dato’ Rahman bin Shaari; Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin; Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan; Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor; serta beberapa penyair yang lain. Turut hadir ialah mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan  Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Tuan Haji Md Johari bin Hasan.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan semasa mendeklamasikan puisi.
Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin semasa mendeklamasikan salah sebuah puisi dalam buku kumpulan puisinya.
Program ini juga menampilkan juara pertandingan Ekspresi Muzik Jalanan 2022 anjuran DBP, kumpulan PEKOLA.
Salah sebuah persembahan menarik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis.
Persembahan tarian kebudayaan dalam program Malam Bahasa Jiwa Bangsa.
Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis dalam ucapan alu-aluan menyatakan bahawa UiTM sentiasa menyokong dan memberikan komitmen penuh dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ujarnya, “saya percaya, program berkualiti seumpama ini dapat mempersegar semangat kecintaan rakyat Malaysia terhadap bahasa ibunda kita.”
Prof. Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Program Bahasa Jiwa Bangsa diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan di samping menarik minat anak muda untuk hadir dan menyokong program kebahasaan.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Persatuan Penulis Perlis.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.