16 Disember 2022, 15:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar  Seramai 21 pemenang telah menerima anugerah dan hadiah sempena majlis penyampaian Anugerah Sastera Darul Aman (ASDA) 2022 yang diadakan di Dewan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ampang jajar, Alor Setar, Kedah.

Majlis  penganugerahan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato” Seri Muhamamad Sanusi Md Nor. Turut hadir ialah Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Abu Hassan Morad.  Tujuan utama ASDA 2022 diadakan  bertujuan untuk menghargai keringat dan pengorbanan para penulis negeri Kedah dalam bidang penulisan sastera.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor,

“Negeri Kedah berjaya melahirkan ramai sasterawan terbilang yang menempa nama dalam dunia sastera negara, bahkan juga menjangkau ke tahap dunia. Namun, tidak ada anugerah untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada dunia sastera di negeri kelahiran sendiri.”
Osman Ayob

Oleh itu, anugerah ini julung kalinya diadakan. Pada majlis tersebut,  Osman Ayub telah dipilih sebagai penerima tertinggi dengan dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Kedah.  Beliau merupakan penulis veteran telah menghasilkan 10 buah kumpulan cerpen persendirian, 10 buah novel dewasa dan 15 buah novel kanak – kanak dan remaja. Memenangi pelbagai hadiah dan sayembara penulisan. Novel, Meniti Impian menjadi teks KOMSAS di Selangor, Negeri Sembilan serta WP Putrajaya dan WP  Kuala Lumpur.

Berikut merupakan senarai penuh para penerima anugerah:

PENERIMA ANUGERAH:

  • Anugerah Seri Enggang – Tokoh Akademik  ASASI –  Husairi Hussin
  • Anugerah Puncak Jerai – Penyair Kedah – Zaheera Ibrahim
  • Anugerah Tertinggi – Sasterawan Negeri Kedah – Osman Ayob

PENERIMA  HADIAH:

  • Novel Dewasa – Maria Perempuan Estet – Zainol Idris
  • Novel Remaja – Semanis Kyuho –  Ghazali Lateh
  • Novel Kanak-kanak – Wadiassofi  Jaafar
  • Drama Terbaik – Perhiasan Hati – Amelia Hashim
  • Rencana Terbaik – Menyingkap Hikmah di Sebalik Covic 19 – Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi
  • Kritikan Sastera – Bangsawan Ratu Pattani Antara Fakta dan Fiksyen – Mohamad Nazreen Sharul Hamid
  • Kumpulan Cerpen Terbaik – Murka Lautan – Zurinah Hassan
  • Kumpulan Puisi Terbaik – Merumahkan Kembara – Shafiq Said

6 HADIAH  CERPEN  TERBAIK:

  • “Mahalnya Mahar” –  Wildan Haya
  • “Babi Hutan” – Zainol Idris
  • “Menunggu Azan Pertama” – Sanusi Din
  • “Di Kejar Realiti” – Zulkifly Dolah
  • “Ubat” – Ummu Hani Abu Hassan
  • “Pok” – Osman Ayob

6  HADIAH PUISI  TERBAIK:

  •  Ceritera Pulau,, Mereka Yang Datang – Ria Asmira
  • Senja di Pantai Cenang – Rosnani Ahmad
  • Ketika Engkau dan Aku Mengetuk Pintunya – Abdul Rahim Omar
  • Serigala Malam Membaham Pilu – Saiful Ghazali
  • Dia Adalah Perahu – Sholihin Osman
  • Lelaki Itu Akukah – Hamizun Syah

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.