Oleh Karmila Azmi
21 Oktober 2022, 17:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Arah perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam tempoh terakhir kini sudah dijangkakan oleh mantan Ketua Satu GAPENA selama 42 tahun, Allahyarham Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita Dr. Ismail Hussien

Hal ini ditegaskan oleh tokoh akademik Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dalam Syarahan Perdana Tan Sri Ismail Hussein 2022 di Rumah GAPENA di sini, hari ini.

Zainal berkata, hal yang paling ditegaskan oleh Ismail disifatkan sebagai kelumpuhan elit dan bangsawan Melayu sesudah kejatuhan Empayar Melaka dan tertawannya Selat Melaka sebagai laluan strategik.

“Meskipun pemimpin seperti Tun Abdul Razak mempersiapkan suasana dan keyakinan bangsa Melayu pada dekad 1970-an, tetapi kemunculan golongan anglophile sehingga memperkenalkan dasar PPSMI dianggap sebagai malapetaka paling dahsyat,” katanya.

Hal itu juga katanya, diperkuat oleh penentangan dan persaingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu serta kebudayaan oleh mereka yang berjuang mempertahan status quo bahasa Inggeris.

Hal ini menyedihkan apabila penguasaan imigrantisme terhadap pembinaan budaya dan keilmuan moden masih kekal, walaupun anak Melayu dan warganegara ini sudah terdidik dalam bahasa kebangsaan dengan amat luas.

Keadaan ini menyebabkan elit Melayu tidak kreatif dan gagal membentuk peradaban moden dan budaya kosmopolitan tinggi dalam bahasa kebangsaan di negara ini berbanding di Indonesia.

Kredit Foto: Karmila Azmi

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.