19 Oktober 2022, 13:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Seramai 30 peserta yang terdiri daripada ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta, serta pesara kerajaan dan pensyarah menyertai Bengkel Dakwah dan Penulisan yang diadakan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sungai Petani, Kedah pada 15 Oktober lepas.

Bengkel yang dianjurkan oleh IBH Khidmat dengan kerjasama YADIM Negeri Kedah bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Penulis bebas iaitu Dr. Ann Wan Seng dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang cara-cara untuk menghasilkan karya yang baik. Bagi beliau, bidang penulisan merupakan suatu bidang yang mampu memberikan dakwah yang berkesan kepada pembaca dan masyarakat.

Antara peserta bengkel yang terlibat.

Menurutnya lagi, setiap penulis yang ingin menghasilkan karya perlu mengenali terlebih dahulu perkara yang hendak diutamakan serta mengetahui mesej yang hendak disampaikan dalam karya tersebut. Sebagai penulis, sasaran pembaca juga amat penting diketahui dalam menghasilkan karya yang melibatkan tertentu seperti golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Selain itu, beliau juga turut memberi pesanan supaya para peserta bengkel banyakkan membaca dan perbendaharaan kata-kata. Selanjutnya, beliau juga menyarankan penulis meneruskan kerja penulisan kerana ia merupakan suatu bentuk dakwah untuk pembaca dan juga masyarakat.

Selain itu, setiap peserta bengkel tersebut juga dikehendaki menyiapkan berita, artikel atau cerpen yang dikendalikan oleh Ilhami Hisham. Tiga pemenang dipilih untuk menerima hadiah sebuah buku kanak-kanak yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Aizat Zakaria. Para pemenang tersebut ialah Nordiana Saad, Qaseh Olia dan Mawarni. Semua peserta bengkel itu juga turut menerima sijil penyertaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.