15 September 2022, 18:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Antara usaha yang saya buat ialah menghidupkan manuskrip Melayu menerusi pementasan teater, perfilemen, novel grafik, serta animasi”, ujar Puan Zalina Abdul Aziz atau nama penanya iaitu Ninot Aziz yang juga sekarang giat menghasilkan filem pendek daripada teks manuskrip Melayu dalam bentuk kartun dan seumpamanya. Beliau merupakan salah seorang pembentang makalah dalam Seminar Sastera Lisan 2022 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 13 dan 14 September lepas.

Puan Zalina Abdul Aziz sedang membentangkan kertas kerja.

Salah seorang pembentang lain iaitu Dr. Shafa’atusna Silahudin dari Universiti Malaya pula mengatakan bahawa syair juga merupakan suatu bentuk seni Melayu yang tidak harus dilupakan oleh generasi muda. Beliau yang juga merupakan penggiat syair menyatakan bahawa ketika pandemik, lebih banyak bengkel dendangan syair dianjurkan dalam talian dan perkara tersebut merupakan perkembangan yang sangat positif.

Dr. Rohayati Junedi sedang membentangkan kertas kerja.

Selain itu, beliau juga menyatakan harapan agar dendangan syair dapat dinikmati juga oleh golongan kurang upaya. Manakala, Dr. Rohayati Junedi dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula berkongsi data kajiannya tentang kebitaraan watak dalam buku Sastera Rakyat Pahang sebagai panduan kehidupan, terutama buat golongan muda. Jelasnya,

Bagi saya, setiap watak perlu memberikan manfaat kepada pembaca. Maka, mencipta watak yang baik amat penting kerana anak-anak dapat dididik menerusi pembacaan dan penontonan yang mesejnya disampaikan oleh watak.

Dalam kajiannya, tiga dapatan utama dikongsikan iaitu watak kebitaraan daripada segi membuat keputusan, bijak dalam mengatur strategi dan mempunyai ilmu agama. Sastera lisan boleh membantu dalam membentuk keperibadian dan jati diri generasi muda.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.