Oleh Suyuthi Yusuf
27 Ogos 2022, 09:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malam kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 telah diadakan di Hotel Royale Chulan, malam tadi. Malam kemuncak tersebut merupakan siri keempat setelah tiga siri sebelumnya yang diadakan di UPSI, UniMAP, dan UniMAS. Jelajah Puisi Merdeka merupakan program kerjasama oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), IKK, IPTA, dan DBP.

Program tersebut melibatkan persembahan puisi artistik bertemakan perjuangan Keluarga Malaysia pada bulan Ogos dan Disember 2022 bertepatan dengan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Persembahan deklamasi puisi dan lagu puisi pada malam tadi menyentuh karya-karya yang berkaitan dengan tema perjuangan untuk memajukan rakyat dan menanamkan semangat patriotisme serta kecintaan kepada tanah air. Menariknya, program tersebut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang juga turut membuat persembahan khas deklamasi puisi Keluarga Malaysia. Sokongan dan kehadiran beliau dalam program tersebut menunjukkan bahawa perjuangan untuk memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu harus diteruskan oleh semua pihak.

Persembahan pada malam kemuncak tersebut dimulakan dengan persembahan pembukaan Tarian Walinongsari oleh Sekolah Seni Kuala Lumpur dan deklamasi puisi pembukaan bertajuk “Genggaman Cinta Kinta” oleh Razali Mohd Yussof, Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, dan Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman.

Deklamasi puisi pembukaan bertajuk “Genggaman Cinta Kinta” oleh Razali Mohd Yussof, Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, dan Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman.

Seterusnya, persembahan deklamasi puisi diteruskan oleh SN Rahman Shaari yang bertajuk “Jagai Merdeka”, Kamarazaman Yacob (Bung Zaman), dan persembahan lagu puisi oleh Ahmad Ramli dan Abot.

Deklamasi puisi oleh SN Rahman Shaari.
Kamarazaman Yacob (Bung Zaman) sedang mendeklamasikan puisi bertajuk “Bella”.

Seterusnya, persembahan deklamasi puisi diteruskan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw dengan puisinya bertajuk “Gadis Tanpa Nama”, Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman (Pohon Malaysia di Taman Merdeka), Aya Rohaiyah (Mekar Sejahtera Halaman Tercipta) dan Razali Mohd Yussof (Jamung Merdeka).

Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw.
Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman.
Persembahan lagu puisi oleh Ahmad Ramli dan Abot.

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut tidak melepaskan peluang untuk turut sama membuat persembahan khas deklamasi puisi yang bertajuk “Keluarga Malaysia”.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sedang mendeklamasikan puisi bertajuk “Keluarga Malaysia”.

Seterusnya, malam kemuncak Jelajah Puisi Merdeka diteruskan dengan pelancaran lagu puisi Keluarga Malaysia yang dinyanyikan oleh mahasiswa Universiti Sunway, Heidi Ho Mun Yee dan Meshantini Ravi Shanka dari ASWARA.

Mahasiswa Universiti Sunway, Heidi Ho Mun Yee dan Meshantini Ravi Shanka dari ASWARA sedang menyanyikan lagu puisi Keluarga Malaysia.

Malam kemuncak tersebut ditutup dengan persembahan deklamasi puisi Putera Lubok Kawah dari ASWARA, iaitu Shuaib Shahzaman Bakti, Vinton Jonah Low dan David  Aleksander Lopez dan nyanyian beramai-ramai lagu “Tanggal 31 Ogos”.

Deklamasi puisi Putera Lubok Kawah dari ASWARA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.