Oleh Karmila Azmi
23 Ogos 2022, 18:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengarang Wan Nor Azriq dijemput menyertai Pesta Kesusasteraan Antarabangsa Jakarta (JILF) yang berlangsung pada 22 hingga 26 Oktober ini.

JILF 2022 dianjurkan oleh Dewan Kesenian Jakarta dengan tema “Kota Kami di Dunia Mereka: Kewargaan, Urbanisme, Globalisme”.

Tema itu dipilih sebagai simpati terhadap perjuangan untuk menuntut hak yang tergadai oleh urbanisasi, kapitalisme dan juga globalisasi.

Wan Nor Azriq, pengarang kelahiran Alor Setar, Kedah itu akan menjadi panel dalam forum yang menggandingkannya bersama-sama dengan pengarang Indonesia dan antarabangsa.

Jemputan berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif JILF, Avianti Armand dan kurator Manneke Budiman.

Avianti dalam jemputan berkenaan menegaskan bahawa undangan itu berasaskan pada keprihatinan dan pemahaman mendalam pengarang terhadap isu sosial bandar, seperti yang terlihat dalam karya-karya beliau.

“Atas sebab ini, kami ingin menjemput anda untuk menjadi salah seorang panel dalam sesi Forum Pengarang kami bersama beberapa jemputan yang lain,” katanya.

JILF ialah festival sastera yang diadakan setiap tahun di Jakarta, Indonesia. Penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan sastera Indonesia di platform antarabangsa.

Acara pertama JILF diadakan pada 17 Jun 1969, bertempat di Taman Ismail Marzuki.

Kredit Foto: Koleksi Wan Nor Azriq

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.