7 Mac 2022, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPANK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Festival Buku Langkawi 2022 yang akan diadakan di Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah, Langkawi pada 24 hingga 28 Mac 2022.

Menurut Pengarah PPANK,  Encik Shahizan Affandi Zakaria, program yang bertemakan “Melestarikan Budaya Membaca” itu akan dibuka kepada pengunjung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Dianggarkan, lebih 20 ribu judul buku akan dipamerkan untuk pengunjung sempena Festival Buku Langkawi 2022.

Tujuan utama festival buku ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti Langkawi bagi memilih dan memperoleh bahan bacaan yang berkualiti tinggi serta terkini. Usaha ini mampu menjana ekonomi negara melalui pembinaan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan negeri Kedah khususnya.

Festival Buku Langkawi 2022 kali ini lebih menarik dengan kepelbagaian aktiviti sampingan yang diadakan, seperti acara santai dengan penulis/ilustrator, perkampungan kartunis, ceramah motivasi, persembahan hiburan, ceramah agama, sesi bercerita, pertandingan mewarna, dan bengkel melukis.

Majlis perasmian Festival Buku Langkawi 2022 akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor pada 26 Mac 2022.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Festival Buku Langkawi 2022.

Kredit Foto: Robert Anasch/Unsplash

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!