Oleh Zaidi Saad
15 Mac 2021, 15:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pada 8-10 Mac 2021, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan Sidang Meja Bulat yang bertema “Mengangkat Tamadun Melayu Mahawangsa”.  Pengarah ATMA, Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan mengatakan, tujuan utama Sidang Meja Bulat itu adalah untuk membuat penilaian pencapaian dan keberkesanan ATMA dalam usaha mengangkat tamadun Melayu sebagai teras tamadun negara.

Para peserta Zoom Sidang Meja Bulat ATMA.

Sidang Meja Bulat ATMA menggarap bidang tamadun dengan pengertian yang luas, bukan hanya bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan, malahan membuka perbincangan dalam bidang ekonomi, pendidikan, komunikasi, sejarah, warisan dan ketatanegaraan, dan yang terkini, bidang etnosains dan teknologi yang menekankan sumbangan tamadun Melayu dalam ilmu sains dan teknologi di Alam Melayu. Selain itu, Sidang Meja Bulat ATMA turut mengusahakan penubuhan Pangkalan Data Penerbitan llmiah Berbahasa Melayu untuk memberikan penarafan kepada penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu.

Antara ahli akademik yang terlibat dalam Sidang Meja Bulat ATMA.

Lebih 250 orang sarjana, pemimpin badan kerajaan, badan swasta dan pertubuhan diundang dan peserta dipecahkan kepada Iapan sidang yang menjurus pada bidang-bidang khusus tamadun. Panel Sidang Meja Bulat turut melibatkan pakar antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Cambodia, Capetown, China, Indonesia, Jerman, Jepun, Madagascar, Rusia, Singapura dan Sri Lanka, selain pakar dari Malaysia.

Rumusan sidang akan diterapkan dalam penyusunan Pelan Strategik ATMA dan UKM dan juga dalam bentuk penubuhan pasukan petugas dalam semua bidang tamadun untuk melakukan penyelidikan, penerbitan dan kegiatan pengembangan pada peringkat negara, serantau dan antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.