Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBukit Jalil – Mohammad Faizol Ibrahim diumumkan sebagai Johan Sayembara Mencipta Pantun Hari Pekerja 2026 yang diumumkan semasa berlangsungnya Karnival Hari Pekerja 2026 di Unifi Arena, semalam.
Naib Johan disandang oleh Mohamad Nazaruddin Jaafar, manakala Tempat Ketiga menjadi milik Zeno Kah Chee Kiang.
Sementara itu, tujuh orang pemenang Hadiah Sagu Hati menjadi milik Muhammad Fawwaz Zafran Zaidi, Mahfuzah Abdul Jalil, Nurul Fatihah Mohamad Ariff, Nor Rafidah Salehuddin, Mohd. Fadzil Yaakob, Azira Razali, dan Amirul Zikri Ruslan.
Sayembara anjuran Munsyi Muda Bahasa itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Pekerja 2026 dari 1 hingga 3 Mei, yang bertemakan “Pekerja Madani Kesuma Bangsa”.
Menurut pihak penganjur, seni pantun bukan sekadar rima, sebaliknya merupakan cerminan akal dan budi yang tinggi. Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja 2026, bakti para pekerja diraikan melalui kehalusan seni pantun.
Panel juri sayembara terdiri daripada Azimin Daud (Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka), Mohamad Musip (Munsyi Dewan) dan Noraila M. Noor (ADTEC Arumugam Pilai Nibong Tebal, Pulau Pinang).
Majlis pengumuman turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Dr. Mohd. Haz Hairul Amran Rajadran, Timbalan Pengerusi Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Kebangsaan yang sudi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.