Diterbitkan pada 21 Oktober 2025, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Lumut – Selepas kali terakhir berlangsung di Ipoh, Perak tiga tahun lalu, Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) bakal dianjurkan semula pada tahun ini di Lumut, Perak pada 23 hingga 25 Oktober 2025.

Festival yang gah di Pangkor, Perak sejak tahun 2010 hingga 2017, kemudian disambung di Ipoh, Perak pada tahun 2018 dan 2022 ini muncul untuk kali ke-11 dengan tema “Mengakar Budaya, Menjulang Warisan”.

PULARA 2025 yang bakal meriah dengan lebih daripada 10 buah acara seni, budaya dan warisan merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai urus setia utama serta kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan beberapa universiti awam seluruh Malaysia.

23 Oktober 2025 (Khamis) 24 Oktober 2025 (Jumaat) 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Poclet Show 1: Bentara Seni

  • 2.00 petang hingga 7.00 malam
  • Tapak Festival, Lumut
Sesi Ucaptama dan Pembentangan

  • 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Orient Star Hotel, Lumut
Forum Rumia

  • 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Orient Star Hotel, Lumut

 

Lestaria 1

  • 2.00 petang hingga 7.00 malam
  • Dataran Maritim, Lumut
Pocket Show 2: Munajat Cinta

  • 8.30 pagi hingga 2.00 petang
  • Tapak Festival, Lumut
Lestaria 4

  • 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Dataran Maritim, Lumut
Penyerahan Program Titian Budaya

  • 2.00 petang hingga 7.00 malam
  • Kampung Baru, Lumut
Lestaria 2

  • 8.30 pagi hingga 2.00 petang
  • Dataran Maritim, Lumut
Peluncuran Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani

  • 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Arena Pangkor, Pulau Pangkor
Malam Irama Nusantara

  • 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • Pentas Utama, Lumut
Forum 1: Rumia

  • 2.00 petang hingga 5.30 petang
  • Orient Star Hotel, Lumut
Pocket Show 3: Melodia

  • 9.00 pagi hingga 2.00 petang
  • Tapak Festival, Lumut
Narasi dan Puncak Puisi PULARA 2025

  • 2.00 petang hingga 7.00 malam
  • Pentas Utama, Lumut
Perasmian PULARA 2025

  • 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Pentas Utama, Lumut
Lestaria 3

  • 2.00 petang hingga 7.00 malam
  • Dataran Maritim, Lumut
Pocket Show 4: Dendang Irama

  • 5.30 petang hingga 7.00 malam
  • Tapak Festival, Lumut
Malam Lestari Seni

  • 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • Pentas Utama, Lumut
Lestaria 5

  • 5.30 petang hingga 7.00 malam
  • Dataran Maritim, Lumut
Malam Perdana PULARA

  • 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • Pentas Utama, Lumut

Antara yang diundang sebagai pendeklamasi termasuklah Sasterawan Negara ke-15, YBhg. Dato’ Rahman Shaari; pensyarah Universitas Maritim Raja Ahli Haji, Indonesia yang juga penerima Anugerah Buku Negara 2020/2021, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. Abdul Malik; Sasterawan Negara Indonesia, YBrs. Drs. Abdul Kadir Ibrahim, dan pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya.

Turut diundang termasuklah pelakon terkenal, Sabri Yunus dan Raja Syair Nusantara, Roslan Madun.

Orang ramai juga boleh menikmati persembahan yang disampaikan oleh beberapa artis jemputan, iaitu Apit Wan Lebo, Ahmad Yassin, Didie Shazry, Chombi, Amm Raja Lawak, Harry Khalifah, serta kumpulan popular Devotees, Projector Band, Floor 88, dan Kopratasa.

Kredit Foto: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi