Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangLumut – Selepas kali terakhir berlangsung di Ipoh, Perak tiga tahun lalu, Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) bakal dianjurkan semula pada tahun ini di Lumut, Perak pada 23 hingga 25 Oktober 2025.
Festival yang gah di Pangkor, Perak sejak tahun 2010 hingga 2017, kemudian disambung di Ipoh, Perak pada tahun 2018 dan 2022 ini muncul untuk kali ke-11 dengan tema “Mengakar Budaya, Menjulang Warisan”.
PULARA 2025 yang bakal meriah dengan lebih daripada 10 buah acara seni, budaya dan warisan merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai urus setia utama serta kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan beberapa universiti awam seluruh Malaysia.
| 23 Oktober 2025 (Khamis) | 24 Oktober 2025 (Jumaat) | 25 Oktober 2025 (Sabtu) |
Poclet Show 1: Bentara Seni
|
Sesi Ucaptama dan Pembentangan
|
Forum Rumia
|
Lestaria 1
|
Pocket Show 2: Munajat Cinta
|
Lestaria 4
|
Penyerahan Program Titian Budaya
|
Lestaria 2
|
Peluncuran Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani
|
Malam Irama Nusantara
|
Forum 1: Rumia
|
Pocket Show 3: Melodia
|
Narasi dan Puncak Puisi PULARA 2025
|
Perasmian PULARA 2025
|
|
Lestaria 3
|
Pocket Show 4: Dendang Irama
|
|
Malam Lestari Seni
|
Lestaria 5
|
|
Malam Perdana PULARA
|
Antara yang diundang sebagai pendeklamasi termasuklah Sasterawan Negara ke-15, YBhg. Dato’ Rahman Shaari; pensyarah Universitas Maritim Raja Ahli Haji, Indonesia yang juga penerima Anugerah Buku Negara 2020/2021, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. Abdul Malik; Sasterawan Negara Indonesia, YBrs. Drs. Abdul Kadir Ibrahim, dan pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya.
Turut diundang termasuklah pelakon terkenal, Sabri Yunus dan Raja Syair Nusantara, Roslan Madun.
Orang ramai juga boleh menikmati persembahan yang disampaikan oleh beberapa artis jemputan, iaitu Apit Wan Lebo, Ahmad Yassin, Didie Shazry, Chombi, Amm Raja Lawak, Harry Khalifah, serta kumpulan popular Devotees, Projector Band, Floor 88, dan Kopratasa.