Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
London – Pengarang India, Kiran Desai yang pernah memenangi Hadiah Booker 2006 tampil sekali lagi sebagai seorang daripada enam pengarang yang diumumkan dalam senarai pendek Hadiah Booker 2025.
Pengumuman yang dibuat malam tadi oleh Sekretariat Hadiah Booker menyebutkan, senarai pendek kali ini menampilkan gabungan penulis berpengalaman dan muka baharu.
Desai yang memenangi Hadiah Booker (ketika itu dikenali sebagai Man Booker) 2006 menerusi The Inheritance of Loss, kali ini tersenarai menerusi The Loneliness of Sonia and Sunny yang menerima pujian meluas daripada pengkritik sastera.
The Loneliness of Sonia and Sunny mengangkat latar di antara tahun 1996 hingga 2002, mengisahkan perjalanan peribadi dan emosi pasangan Sonia dan Sunny yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah asing, sekali gus menggarap tema keterasingan, identiti dan impian diaspora India di Amerika.
Selain Desai, tiga penulis yang berada dalam senarai akhir ialah nama baharu yang pertama kali mencatat sejarah dalam penganjuran Hadiah Booker kali ini. Mereka ialah Susan Choi (Flashlight), Katie Kitamura (Audition), dan Andrew Miller (The Land in Winter), masing-masing membawa perspektif baharu dalam dunia sastera kontemporari.
Pemenang akan diumumkan pada majlis rasmi yang dijadualkan berlangsung di London pada 10 November 2025. Pemenang Hadiah Booker akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai £50,000 (kira-kira RM390,000).
Senarai penuh calon akhir Hadiah Booker 2025:
Untuk rekod, Hadiah Booker kekal sebagai salah satu anugerah sastera paling berprestij di dunia, menghargai karya fiksyen terbaik berbahasa Inggeris dari seluruh dunia.