Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangLangkawi – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan A.M. Gorky Institute of World Literature of the Russian Academy of Sciences (IWL RAS) bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan kesusasteraan, leksikografi dan linguistik Malaysia–Rusia.
Majlis menandatangani memorandum itu berlangsung petang semalam bersempena dengan Mesyuarat ke-4 Suruhanjaya Bersama Malaysia–Persekutuan Rusia mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JC-ESTC) pada 10 hingga 12 November 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi.
Bidang kerjasama yang dipersetujui meliputi:
DBP merupakan satu-satunya agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menandatangani MoU berkenaan dalam majlis yang diseliakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Ilmu Sains Rusia.
DBP diwakili oleh Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, YBrs. Puan Fauzilahyatun Mustafa, manakala pihak IWL RAS diwakili oleh Timbalan Pengarah Sains, YBrs. Dr. Yulia Shevchuk.
Turut hadir termasuklah Ketua Jabatan Kesusasteraan Asia dan Afrika IWL RAS, YBrs. Dr. Evgeniya Kukushkina; Ketua Penolong Setiausaha Sektor Dua Hala, Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), KPM, YBrs. Dr. Idris Ismail; Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera DBP, Encik Saifullizan Yahaya; Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Encik Abdul Ghani Abu; dan Penolong Setiausaha Sektor Dua Hala, BPSHA, KPM, Puan Nur Zarifah Mohamad Zahidi.