Diterbitkan pada 7 Julai 2025, 18:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara berpeluang menonjolkan bakat dan kreativiti melalui Pertandingan Lakar Karya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mengetengahkan tema karya Sasterawan Negara.

Pertandingan yang terbuka kepada pelajar berumur 18 hingga 35 tahun ini memberi peluang kepada generasi muda menginterpretasi karya tokoh sastera negara menerusi lakaran kreatif mereka.

Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan (maksimum tiga peserta), sekali gus membuka ruang kerjasama dan penghasilan karya yang lebih mantap.

Bagi peserta yang berjaya menawan hati juri, hadiah lumayan disediakan dengan pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan sijil. Tempat kedua pula akan menerima RM2,000 dan sijil, manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,000 dan sijil.

Selain itu juga, sembilan pemenang hadiah sagu hati akan menerima wang tunai RM500 berserta sijil. Secara keseluruhan pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,500 untuk 12 orang pemenang yang bertuah.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang dipaparkan pada poster rasmi pertandingan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi Facebook DBP Malaysia.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai 2025.

Kredit Foto: DBP Malaysia/Facebook
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi