Diterbitkan pada 19 Disember 2024, 08:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) akan berucap dan merasmikan Program Baca Puisi PEMUISI di DBP ke-16 di Stor Teater (Sudut Karyawan DBP), Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur pada 20 Disember 2024, Jumaat, pada pukul 8.00 malam.

Program tersebut merupakan program bulanan kali ke-16 dan kali ini bertemakan “Melabuhkan Tirai 2024” anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama DBP. Program tersebut akan dihadiri oleh para pemuisi, sasterawan dan peminat puisi tanah air.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini akan menerima Anugerah Tokoh Pejuang Puisi Malaysia 2024.

Selain itu, pelbagai persembahan oleh pemuisi undangan dan ahli PEMUISI akan diadakan, termasuklah bacaan puisi, gurindam, monolog dan lagu puisi.

Tetamu yang akan turut hadir dalam program tersebut termasuklah Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari; Ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan; Presiden PEMUISI, YBhg. Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar; dan Sasterawan Negara YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Kredit Foto: YBhg. Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi