Diterbitkan pada 8 Disember 2024, 14:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Cubaan gandingan Mohd Khair Ngadiron dan S.M. Zakir menerajui kepimpinan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-61 gagal apabila kedua-duanya tewas.

Mohd Khair hanya meraih 33 undi manakala Dr. Mohamad Saleeh Rahamad memperoleh 54 undi yang menyaksikan beliau kekal sebagai Presiden PENA.

S.M. Zakir pula tewas kepada Dr. Mohd Hanafi Ibrahim dalam persaingan merebut posisi timbalan presiden. Kemenangan Dr. Hanafi menyaksikan beliau kembali membarisi kepimpinan utama PENA selepas berehat hampir dua penggal.

Secara keseluruhannya, pemilihan Ahli Jawatankuasa PENA kali ini tidak banyak berubah.

Selari dengan perkembangan landskap penerbitan buku semasa, persatuan itu perlu bekerja keras untuk kekal relevan jika mahu terus menerbitkan buku.

Kredit Foto: Mohamad Saleeh Rahamad
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi