Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pengadaptasian karya sastera ke filem belum cukup banyak dipasarkan di negara kita.
Begitu pun, penerbit Abnormal Buas, Aeril Zafril mengambil risiko dengan melakukan pengadaptasian karya sastera ke layar perak.
Buah tangan pertama terbitan syarikatnya ini diuar-uarkan sewaktu pelancaran novel pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang lalu.
Dalam pelancaran tersebut, beliau menyatakan kekurangan karya sastera ke layar perak menyebabkan saya mengambil risiko menerbitkannya.
“Karya sastera harus diketengahkan kepada khalayak melalui cara visual dan hal ini mungkin dapat meningkatkan minat masyarakat kepada bahan bacaan terutamanya sastera”.
Penonton yang membaca novel ini pasti akan dapat menyelami, dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih bermakna dan menyeluruh”
“Dengan adanya novel di pasaran, sekurang-kurangya boleh membantu khalayak mengenali, dan memahami jalan cerita sebelum menonton filem Abnormal Buas”
“Sebenarnya, untuk menggambarkan keseluruhan cerita daripada novel ke filem, mungkin tidak mencukupi”
“Jadi, dengan membaca novel ini dapat meningkatkan pemahaman penonton terhadap filem ini.” Ujar beliau.
Terdahulu, Abnormal Buas arahan Allahyarham Azhari Mohd. Zain dan skripnya ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin serta Syamzaly Musa.
Filem ini bakal berputar di pawagam seluruh negara bermula 20 Jun ini. Selain Aeril, Abnormal Buas, dibintangi pelakon handalan seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan As’ari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, dan Jalil Hamid.
Filem Abnormal Buas menampilkan manusia yang bersifat “kebinatangan” dengan diselitkan unsur fiksyen.
Membawakan kisah Dahliya yang ingin melupakan sejarah hitamnya, dan mahu memulakan hidup baharu bersama-sama anak tunggalnya, Izo.
Walau bagaimanapun, detik hitam muncul semula dalam hidup Dahliya apabila rumahnya dimasuki dua orang penyamun, iaitu Bullet dan Speed.