Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Penyair terkemuka Indonesia dan penerima SEA Write Award (Indonesia) 2014, Joko Pinurbo meninggal dunia tengah hari tadi di Hospital Panti Rapih, Jogjakarta.
Khabar kematiannya pada usia 61 tahun itu dilaporkan oleh akhbar Kompas yang memetik status Facebook pelakon dan pengacara, Butet Kartaredjasa.
Pemergian Pinurbo turut disahkan oleh anak perempuannya, Maria Azalea Anggraeni.
Memetik laporan Detik.com, ayahnya berhadapan masalah paru-paru dan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Joko Pinurbo yang berasal dari Sukabumi, Jawa Barat merupakan pengarang besar Indonesia yang menerima pelbagai anugerah kesusasteraan.
Antara karya awal beliau yang turut dikenali sebagai Jokpin termasuklah kumpulan puisi Celana yang diterbitkan pada tahun 1999.
Meskipun dikenali sebagai penyair, Joko Pinurbo menghasilkan novel pertamanya, Srimenanti pada tahun 2019.