Diterbitkan pada 6 Mei 2026, 08:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kajang – Editor, penulis bebas dan penerbit buku, Mohamed Nasser Mohamed, 62 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 3.45 pagi tadi, di rumahnya di Semenyih.

Allahyarham merupakan pemilik penerbitan Nuha Books dan Nuha Films, serta baru membuka kilang mencetak baju.

Nasser juga dikenali sebagai hos mingguan Cakap Apa Sahaja pada setiap Isnin pukul 9.00 malam sejak tahun 2021.

Allahyarham juga mantan Ahli Jawatankuasa Kerja Seniman PAKSI Rakyat, dan antara Reformis Masyarakat MADANI, serta pejuang melawan Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham banyak menulis cerpen, yang turut tersiar dalam beberapa akhbar dan majalah terkemuka tanah air.

Hasil kegigihannya itu, Allahyarham baru-baru ini diumumkan sebagai satu-satunya penulis cerpen negara kita daripada 7,806 penyertaan dari 54 negara disenarai pendek untuk Hadiah Cerpen Komanwel 2026 (terjemahan) yang dalam proses menunggu keputusan dalam beberapa bulan akan datang.

Antara buku terbaharu yang disunting oleh beliau (bersama-sama Sdr. Rozan Azen Mat Rasip dan editor lain) termasuklah buku 101 Detik, 1 Jiwa Nurul Izzah Anwar, 100 Warkah 1000 Impian Anwar PM10, Retak Pertujuh di Kebun Puisi, Percakapan dengan Penulis, dan Warkah untuk Pak Biden Presiden Amerika Syarikat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi