19 April 2024, 11:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menyedari pentingnya meningkatkan kesedaran umum terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai, Persatuan Sahabat Sungai Malaysia menganjurkan sebuah sayembara penulisan esei dan puisi bertemakan “Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar”.

Sayembara penulisan esei dan puisi ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Setiap peserta boleh menghantar sebuah esei sahaja. 

Bagi kategori puisi pula, setiap peserta boleh menghantar dua buah puisi tetapi hanya sebuah puisi layak memenangi hadiah.

Sayembara ini menawarkan RM1,000.00 kepada lima peserta yang bertuah sebagai pemenang hadiah utama bagi kategori esei dan puisi.

Pelancaran sayembara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Presiden Persatuan Sahabat Sungai Malaysia secara dalam talian.

Dalam ucapan pelancarannya, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berharap bahawa sayembara yang dianjurkan ini akan dapat menjadikan bidang sastera yang bukanlah khusus kepada pencinta sastera sahaja, tetapi terbuka kepada semua pencinta ilmu.

Menurut beliau lagi, puisi boleh dijadikan wadah untuk menyampaikan ilmu dan wahana memperkaya kesusasteraan di negara ini. Melalui usaha sedemikian juga menjadikan bahasa Melayu digunakan pada peringkat tinggi.

Turut sama dalam majlis pelancaran ini ialah YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dr. Mohammad Saleeh Rahamad, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Dalam pada itu, Dr. Hazami berharap bahawa penganjuran sayembara ini dapat memberikan peluang dan ruang kepada khalayak untuk menyerlahkan bakat untuk menterjemahkan dan mengeskpresikan emosi serta idea melalui bahasa dan sastera.

Untuk maklumat lanjut, para pembaca boleh mengimbas kod QR pada poster sayembara yang disertakan.

Tarikh tutup sayembara adalah pada 15 Julai 2024.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.