Oleh Karmila Azmi
9 Februari 2024, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka pencalonan Hadiah Karya Ilmiah bagi buku ilmiah yang diterbitkan bagi tahun 2021/2022.

DBP dalam hebahannya berkata bahawa Hadiah Karya Ilmiah yang menawarkan ganjaran RM10,000 itu memberikan pengiktirafan kepada buku ilmiah daripada dua kategori bidang, iaitu bidang sains dan teknologi serta bidang seni, sains sosial dan kemanusiaan.

Untuk rekod, Hadiah Karya Ilmiah ialah penghargaan yang diberikan kepada penulis buku ilmiah bidang sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.

Hadiah ini bertujuan untuk menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 April 2024 dan sebarang makluman lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi sekretariat menerusi talian 03-21479125/9126/9127 atau e-mel, [email protected].

Kredit Foto: Boey Jun Hui/Unsplash

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.