Oleh Rasoul Manan
9 Februari 2024, 09:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penyertaan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022, Hadiah Tunas Cipta (HTC) dan Hadiah Karya Ilmiah (HKI) kini dibuka kepada semua penulis yang telah menghasilkan karya dan diterbitkan pada tahun 2021 dan tahun 2022.

Terdapat empat kategori yang dipertandingkan dalam HSPM, iaitu Kategori A (Buku Sastera Dewasa), Kategori B (Karya Eceran), Kategori C (Buku Sastera Kanak-kanak) dan yang terakhir, Kategori D (Buku Sastera Remaja).

Sementara itu, dalam HKI, dua kategori dipertandingkan, iaitu bidang sains dan teknologi; dan bidang seni, sains sosial dan kemanusiaan. Untuk HTC pula, dipecahkan kepada dua kategori, iaitu Kategori Kanak-kanak dan Kategori Remaja.

Dalam edisi yang lepas, yakni HSPM 2019/2020 menyaksikan sebanyak 47 orang dinobatkan sebagai pemenang dalam pelbagai kategori, tiga orang pemenang HKI dan 20 pemenang untuk HTC.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Aprill 2024. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

  • 03-21479127/9126/9125

Atau e-mel;

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.