14 November 2023, 13:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – R.A Arts Haven yang diterajui oleh Yang Mulia Raja Ahmad Aminullah akan menganjurkan Festival Antarabangsa R.A – Penyair, Penulis dan Pencinta Buku – Malaysia (RAIPO) 2023 dalam dua peringkat, iaitu di Strand Mall, Petaling Jaya dan sekitar Kuala Lumpur (KL RAIPO) pada 8 hingga 10 Disember 2023, serta di Ipoh dan sekitar negeri Perak, 11 hingga 13 Disember 2023.

Penganjuran RAIPO 2023 yang disokong oleh Encorp ini bertemakan Puisi, Kedamaian dan Kemanusiaan. Festival melibatkan para penyair dan penulis tempatan serta antarabangsa dari lebih 20 buah negara.

Terdapat persembahan puisi dan seni, persembahan monolog, lawatan, selain forum atau diskusi santai bersama-sama para panel tempatan dan antarabangsa.

Bersempena dengan penganjuran RAIPO 2023, penganjur turut berhasrat menerbitkan sebuah antologi khas yang memuatkan karya para peserta berdasarkan tema festival. Antologi tersebut akan diserahkan kepada para peserta festival berkenaan selepas majlis perasmian RAIPO 2023, dan pelancarannya pada 9 Disember 2023.

Penganjur RAIPO 2023 tidak menyediakan sebarang honorarium/royalti. Walau bagaimanapun, makan tengah hari dan makan malam disediakan. Puisi, maklumat berkaitan dan foto hendaklah dikirimkan ke [email protected].

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Rozan Azen Mat Rasip menerusi talian 016-2154728 dan Puan Elyssa Saheera 019-2758354.

Kredit Foto: Alfred/Unsplash

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.