Oleh Aninah Janang
29 September 2023, 23:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Anugerah Pejuang Sastera Sabah kepada tokoh sastera yang banyak berjasa di negeri ini. Hal ini dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dalam ucapannya ketika merasmikan Hari Sastera Ke-19, di Kota Kinabalu, Sabah, pada malam ini. 

“Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan Anugerah Pejuang Sastera Sabah kepada tokoh sastera di negeri ini,” ucap Datuk Seri Panglima Hajiji.

Menurutnya, seiring dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, kepimpinannya akan terus memberikan sokongan yang padu serta sentiasa memikirkan cara yang terbaik bagi merealisasikan impian para penulis dan pejuang sastera di Sabah.

“Kita mesti berpandangan jauh ke hadapan dalam usaha melestarikan sastera, bahasa dan budaya bangsa kita,” ucap Datuk Seri Panglima Hajiji.

Majlis yang penuh bermakna itu berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh ratusan hadirin yang terdiri daripada sasterawan, tokoh dan penggiat bahasa, aktivis,  sastera dan budaya tanah air yang berhimpun di negeri ini selama dua hari (29 September 2023 hingga 30 September 2023) untuk memberikan penghormatan seterusnya menjayakan Hari Sastera  ke-19.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.