24 September 2023, 02:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Terengganu – Sebanyak lima buah buku dan 16 buah karya eceran dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima Hadiah Karya Sastera dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Iman ke-6 (HASDI VI) yang berlangsung malam tadi.

Lima buah buku tersebut ialah Hemegoni Kepengarangan A. Samad Ismail oleh Azhar Wahid (Kategori Buku Sastera – Kritikan/Kajian), Bulan di Langit Malam oleh Nawawee Mohammad (Kategori Kumpulan Puisi Remaja), Harapan (1977 – 2019) oleh Marsli N.O. (Kategori Kumpulan Puisi Umum), Sahabat Sejati.com, dan Sukarelawan Nan Lima oleh Nurimas SN (Kategori Novel Kanak-kanak dan Remaja).

Menurut laporan panel penilai, kajian dan analisis yang ditampilkan oleh Azhar Wahid tentang hegemoni kepengarangan A. Samad Ismail sangat tuntas dan komprehensif serta berjaya menemukan novel ciptaan A. Samad Ismail yang mengungkapkan aneka permasalahan dan persoalan masyarakat Melayu terutamanya berkaitan dengan pertentangan antara golongan tua dengan golongan muda.

Manakala buku Bulan di Langit Malam dan Harapan (1977 – 2019) bagi kategori kumpulan puisi dilihat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana menggunakan bahasa figuratif yang tidak bersifat klise dan berupaya mencernakan pemikiran yang segar serta menumbuhkan percitraan baharu.

Selain itu, 16 buah karya eceran yang diterbitkan dalam pelbagai majalah terbitan DBP turut mendapat pengiktirafan daripada para panel penilai. Karya tersebut ialah:

Puisi Remaja
“Sayap Bahasa” (Hilmi Rindu) | Pelita Bahasa, September 2022
“Bahasa Sang Hujan” (Nur Akmaliah Alias) | Dewan Bahasa, Mac 2022
“Kota Ilmu” (Hilmi Rindu) | Dewan Siswa, April 2020

Puisi Umum
“Kata-kata yang Melekat di Jendela” (A. Muziru Idham) | Dewan Sastera, Ogos 2022
“Cerita antara Dua Kota” (Awang Abdullah) | Dewan Sastera, Mei 2022
“Nyanyian Bulan Dua Belas” (Wikunila MS) | Dewan Sastera, September 2021
“Tanpa Tajuk” (Masli N.O) | Dewan Sastera, Jun 2022
“Kebenaran” (Hilmi Rindu) | Dewan Sastera, Mac 2022

Cerpen Kanak-kanak
“Tuah Kebenaran” (Sharif Putera) | Dewan Pelajar, September 2022
“Tragedi Gunung Jerai” (Husna Nazri) | Dewan Pelajar, Februari 2022

Cerpen Remaja
“Badak” (Alias Ismail) | Dewan Siswa, Disember 2022
“Perahu” (Alias Ismail) | Dewan Budaya, September 2022
“Cerita Rumah Api di Kampung Kami” (Husna Nazri) | Dewan Tamadun Islam, Januari 2021

Cerpen Umum
“Imam Sulong” (Sharif Putera) | Dewan Sastera, September 2022
“Seorang Wanita Terlucut Baju Senyawa Kuningnya” (Nurimas SN) | Dewan Sastera, September 2021

Skrip Drama Pentas
“Titah Mandalika” (S.M. Noor) | Dewan Sastera, September – Oktober 2022

Kredit Foto: Khairul Azhar Baharuddin

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.