Diterbitkan pada 22 September 2023, 16:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

London – Isu imigran, perubahan iklim, pergelutan politik, dan kekangan ekonomi antara tema yang dibawakan dalam enam novel senarai akhir Hadiah Booker atau The Booker Prize 2023.

Sekretariat Hadiah Booker mengumumkan enam novel dalam pencalonan akhir, iaitu:

Study for Obedience oleh Sarah Bernstein;

If I Survive You (Jonathan Escoffery);

This Other Eden (Paul Harding);

Prophet Song (Paul Lynch);

Western Lane (Chetna Maroo); dan

The Bee Sting (Paul Murray).

Enam judul itu dipilih daripada sebanyak 163 novel penyertaan.

Hadiah sastera berprestij ini yang dimulakan sejak tahun 1969 memberikan penganugerahan kepada novel bahasa Inggeris yang diterbitkan di UK dan Ireland.

Pengumuman pemenang akan dibuat pada 26 November nanti.

Kredit Foto: Facebook The Booker Prizes

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi