Oleh Ana Mohd Bess
12 Ogos 2023, 10:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangkok –  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Shamsudin Othman, Puan Aminah Mokhtar dan Encik Mohd Rosli Nik Mat atau nama penanya Rosli K. Matari atas pengurniaan Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write) oleh Yang Maha Mulia Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya di Dusidalai Hall, Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Dr. Shamsudin Othman penerima tahun 2019, Aminah Mokhtar penerima tahun 2020 dan Rosli K. Matari penerima tahun 2021, iaitu penerima anugerah yang ke-41, 42 dan 43 mewakili Malaysia untuk penerimaan anugerah yang berprestij ini.

Bersama-sama sekretariat, penaja dan Penerima Anugerah Tahun 2020.

Penerima dari sepuluh buah negara turut diraikan dengan penuh meriah dan pelbagai program telah diatur oleh Sekretariat Tetap Thailand pada 9 Oktober 2023 (Rabu) kelak.

Anugerah ini merupakan anugerah berprestij yang diwujudkan oleh kerajaan Thailand sejak tahun 1979  lagi, bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada penulis, sasterawan dan seniman ulung dari negara-negara Asia Tenggara.

Penerima menerima penghargaan daripada Yang Maha Mulia Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya di Dusidalai Hall, Bangkok, Thailand, baru-baru ini

Penerima anugerah menerima hadiah wang tunai dan trofi selain tiket penerbangan dan penginapan dibiayai oleh penganjur.

Majlis pengurniaan berprestij ini setelah tertangguh beberapa kali kerana Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Oleh itu, apabila diadakan majlis ini secara tidak langsung dapat mempertemukan penulis-penulis rantau Asia Tenggara di samping dapat berkongsi pengalaman dan perkembangan kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan negara masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.