3 Ogos 2023, 16:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Para peserta bengkel bergambar kenang-kenangan dengan Zaen Kasturi (duduk, lima dari kiri).

Kuching – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah mengadakan Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Sastera (Puisi) pada 28 hingga 29 Julai 2023 di Bilik Wacana, DBP Cawangan Sarawak.

Bengkel yang dilaksanakan selama dua hari ini dihadiri oleh 25 orang penulis mapan dari seluruh negeri Sarawak. Antara penulis mapan yang terlibat dalam bengkel ini termasuklah Jong Chian Lai, Sasterawan Negeri Sarawak yang keempat, dan (Dr.) Haji Saie Driss, Tokoh Puisi Sarawak 2022. Selain itu, terdapat peserta yang sanggup datang dari luar kawasan Kuching, misalnya Miri, Saratok dan Sri Aman semata-mata untuk menekuni bimbingan dan ilmu penulisan selama dua hari tersebut.

Selain bertujuan untuk memperoleh manuskrip kumpulan atau antologi puisi karya penulis Sarawak yang berkualiti dan sesuai untuk diterbitkan, bengkel ini turut bermatlamat untuk membimbing penulis dalam menghasilkan puisi yang mantap dan terbaik dari pelbagai aspek.

Zaen Kasturi semasa membimbing peserta bengkel.

Pembimbing bengkel tersebut merupakan seorang penulis mapan yang berpengalaman luas dan menulis karya hebat serta penerima S.E.A. Write Award 2010, iaitu Encik Zainal Palit atau lebih dikenali sebagai Zaen Kasturi.

Sepanjang bengkel tersebut berlangsung, Zaen Kasturi bukan sahaja banyak berkongsi ilmu berkaitan dengan penulisan puisi yang baik dan berkualiti, malah beliau turut menilai beberapa buah puisi yang dibawa oleh para peserta untuk dibincangkan.

Para peserta bengkel.

Menurut Encik Zaen Kasturi, “Puisi terbahagi kepada dua jenis, iaitu puisi di atas kertas dan puisi di atas pentas”. Kenyataan tersebut sedikit sebanyak mampu mempengaruhi cara penulisan puisi dan gaya serta bentuk puisi yang dihasilkan.

Turut hadir dalam bengkel tersebut serta memberikan ucapan alu-aluan ialah Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai semasa memberikan ucapan alu-aluan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.