Oleh Karmila Azmi
2 Ogos 2023, 06:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Novel terbaharu penulis Malaysia kelahiran Pulau Pinang, Tan Twan Eng, The House of Doors berada dalam senarai panjang Hadiah Booker atau The Booker Prize 2023.

Senarai panjang yang mengandungi 13 judul novel itu diumumkan oleh sekretariat penganugerahan itu menerusi laman web rasminya, Thebookerprize.com.

Selain Tan Twan Eng yang dianggap sebagai penulis mapan, dua lagi penulis mapan yang turut berada dalam senarai ialah Sebastian Barry menerusi karyanya Old God’s Time dan Paul Murray menerusi The Bee Sting.

Ketiga-tiganya menjadi pilihan “kegemaran” untuk mara ke peringkat seterusnya.

Daripada 13 judul, hanya enam sahaja yang akan mara ke peringkat akhir yang akan diumumkan pada 21 September nanti, manakala pemenang utama akan diumumkan pada akhir bulan November.

The Booker Prize ialah pengiktirafan tahunan paling berprestij untuk fiksyen berbahasa Inggeris yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di United Kingdom atau Ireland.

Kredit Foto: Facebook The Booker Prizes

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.