Oleh Firdaus Mul
17 Mei 2023, 14:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pengkalan Chepa –  Penulis, Faridah Ghazali telah diundang sebagai tetamu untuk membicarakan buku beliau, iaitu Minimalis dalam sesi Resensi Buku anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersempena program Karnival Semarak  Ilmu, “Membudayakan Ilmu Sepanjang Hayat”, di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, baru-baru ini.

Beliau membuka bicara dengan menyentuh konsep minimalis amat baik untuk diterapkan dalam kehidupan seharian. Konsep ini mampu mengatasi tekanan ketika berada di rumah.

Beliau percaya dengan mempraktikkan konsep minimalis dalam kehidupan, perkara ini mendatangkan pelbagai manfaat. Sebagai permulaan beliau meminimakan material seperti perabot, baju dan bekas makanan. Apabila perkara sebegini menjadi terhad, hal ini memudahkan kita untuk menjaga dan seterusnya membolehkan fokus kita kepada perkara yang lain.

Faridah Ghazali ketika membicarakan karya beliau di Karnival Semarak Ilmu.

Langkah awal yang boleh dilakukan adalah melakukan proses sisihan yakni mengenalpasti benda-benda penting yang perlu ada di satu-satu ruang. Hal ini demikian kerana pemilikan sesuatu benda yang berlebihan akan menganggu atau melambatkan rutin kehidupan seseorang.

Minimalis bukan setakat pengurusan kebendaan, hal ini turut membuka pintu kefahaman mengenai kehidupan kita selepas kematian.

Tegas beliau tentang konsep minimalis yang berkait rapat dengan kehidupan seseorang khususnya yang beragama Islam. Kehidupaan seseorang menjadi  terabai atau kusut apabila diri terlalu dikuasai dengan keduniaan. Sehingga lupa kepada tujuan kehidupan sebenar, yakni beribadah sepenuhnya kepada Allah SWT.

Oleh sebab itu, beliau tampil dengan buku sebegini untuk memberikan kefahaman kepada pembaca, tentang nilai-nilai kebaikan dan menerapkan konsep ini dalam kehidupan seharian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.