Oleh Firdaus Mul
10 Mei 2023, 16:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – “Cerita lisan merupakan salah satu warisan yang diwarisi oleh generasi ke satu generasi, malah sehingga ke hari ini ianya masih berlegar-legar dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat”.

Hal ini dijelaskan oleh Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob, iaitu pensyarah kanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam program Karnival Semarak Ilmu anjuran UMK yang berlangsung semalam.

Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob sedang berceloteh akan cerita lisan sewaktu Karnival Ilmu yang berlangsung di UMK, semalam.

Menurut beliau, sudah tiba masanya cerita lisan di negeri Kelantan khususnya diangkat ke persada antarabangsa kerana kisah-kisah yang disampaikan mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Ditambah pula penggunaan dialek Kelantan dalam menyampaikan cerita lisan merupakan satu keunikan dan perkara ini berdasarkan pengalaman beliau ketika menghasilkan buku, Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pangkalan Datu, Kelantan, terbitan Penerbit UMK.

Buku tersebut ditulis sepenuhnya menggunakan dialek Kelantan dan telah melalui satu proses yang begitu ketat sebelum diterbitkan. Dialek Kelantan yang digunakan, merujuk kepada sintaksis yang ada dalam buku dialek sintaksis.

Tegas beliau;

Seluruh rakyat, tidak kira di Kelantan dan negeri-negeri lain perlu menjadikan warisan ini sebagai satu produk untuk dipamerkan kepada masyarakat terutama warga luar.

Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob berbalas jawapan dengan moderator sewaktu pogram berlangsung.

Di akhir program, beliau berharap bahawa usaha untuk memartabatkan karya-karya cerita lisan dapat didokong dan disambut baik oleh semua pihak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.