Oleh Rasoul Manan
9 Mei 2023, 14:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada petang semalam, di Wisma DBP.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim, selaku presiden PEMUISI, telah disambut baik oleh Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP bersama-sama pegawai-pegawai kanan yang lain.

Dalam pertemuan ini, pihak PEMUISI telah menyatakan hasrat ingin memperhebatkan lagi aktiviti sastera dan ingin berganding bahu bersama-sama DBP dalam menjayakan program yang telah dirangka.

Setiap bulan, pelbagai aktiviti akan diadakan, paling hampir PEMUISI akan mengadakan Interaksi PEMUISI Sedunia 4.0 bersempena  dengan Hari Keluarga Antarabangsa.

Selain itu, PEMUISI juga akan menganjurkan bengkel puisi artistik, sayembara, program perkampungan mesra PEMUISI dan acara paling utama adalah dengan mengadakan program Temu Pemuisi Sedunia (KONPES).

Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim sedang memperincikan segala aktiviti yang akan diadakan oleh pihak PEMUISI ketika melakukan kunjungan hormat petang semalam, di WIsma DBP.

Jelas beliau:

KONPES merupakan program yang bukan sahaja mendeklamasi puisi tetapi turut melibatkan pembentangan kertas kerja oleh para sarjana dalam dan luar negara.

Dr. Hazami Jahari menjelaskan pihak DBP dengan tangan terbuka, kemudahan fasiliti yang ada serta tenaga pakar yang mahir akan sedaya upaya membantu pihak PEMUISI dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.

DR. Hazami Jahari menyatakan kesudian pihak DBP dalam membantu PEMUISI menganjurkan aktiviti yang dirancang.

Malahan, kerjasama begini merupakan salah satu usaha dalam menjayakan visi dan misi DBP menyemarakkan lagi perkembangan sastera kepada masyarakat dan menepati slogan kerajaan, iaitu membangunkan Malaysia MADANI.

Barisan ahli jawatankuasa PEMUISI yang turut hadir dalam pertemuan ini, antaranya Adiwangsa Sukma, Marzelan atau nama penanya, Perindu seni, Ferri Anugerah Makmur, Julia Ikin, Yanz Hamzah, Maslinah Yusof dan Nur Aini Jasni.

Barisan ahli jawatankuasa PEMUISI yanh turut hadir dalam kunjungan hormat semalam di Wisma DBP.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.