Oleh Harlym Yeo
3 Mei 2023, 15:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Urus setia penerbitan buku antologi puisi berjudul Simbiosis kini membuka peluang kepada para pengarang untuk menghantar karya mereka.

Prof. Emeritus Dato’ Hashim Yaacob selaku pengarah dan penyelenggara projek penerbitan, menyeru pengarang yang berminat mengambil peluang keemasan ini.

Prof. Emeritus Dato’ Hashim Yaacob selaku penyelenggara projek antologi puisi Simbiosis.

Buku antologi ini akan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu puisi karya daripada kalangan penggiat seni puisi dan para ikhtisas (profesional).

Menurut beliau;

Judul buku Simbiosis mencerminkan gabungan sinergi antara dua golongan yang merealisasikan penerbitan buku antologi. Hanya 60 buah puisi sahaja yang akan dipilih untuk penerbitan kelak.

Tema antologi ini bebas dan setiap peserta boleh mengirim sekurang-kurangya dua buah puisi sebelum 5 Mei 2023 melalui pautan: bit.ly/antologi-puisi-simbiosis.

Syarat serta terma lain adalah seperti berikut:

  1. Puisi tidak kurang daripada 8 baris dan tidak melebihi daripada 20 baris.
  2. Karya hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Hashim Yaacob (012-818-0075) dan Harlym Yeo (012-252-8764) ataupun e-mel kepada [email protected].

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.