Oleh Karmila Azmi
18 April 2023, 09:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Di sebalik usaha mengalih aksara naskhah klasik Alam Melayu daripada tulisan Jawi kepada Rumi, negara sebenarnya berhadapan dengan cabaran kekurangan ahli filologi.

Senario ini jika tidak ditangani sebaik-baiknya akan mengehadkan jumlah naskhah klasik yang ditranslitrasikan, sekali gus menyekat usaha penyebaran ilmu.

Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, ramai pihak meminta kerajaan membeli naskhah klasik Melayu yang berada di luar negara, antaranya di Leiden, Belanda dan Sekolah Pengajian Asia dan Oriental (SOAS), United Kingdom, namun langkah menambah bilangan ahli filologi tulen adalah lebih tepat.

“Langkah pendigitalan naskhah yang semakin rapuh ini amat dialu-alukan.

“Tapi langkah untuk menambah jumlah pakar filologi juga perlu dibuat segera,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Katanya, Yayasan Karyawan turut menyediakan sedikit dana berbentuk geran pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Walau bagaimanapun, usaha juga perlu dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan ahli filologi di setiap universiti.

Langkah itu bagaimanapun katanya, perlu dibuat seiring dengan usaha memperkasakan tulisan Jawi.

Hamad Kama berkata, tanpa menguasai Jawi, amat sukar tugas mengalih aksara dilakukan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.