Diterbitkan pada 17 April 2023, 10:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Seramai 35 peserta telah mengikuti Bengkel Syair Fasa 2 yang dikendalikan oleh Puan Norliza Md Yamin, iaitu Tokoh Budaya Melaka (Penggerak Seni Budaya 2019), baru-baru ini.

Bengkel ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur seperti pelajar, guru, peguam, aktivis sastera, pengkaji bahasa dan sastera, juri pertandingan pantun, dan penggiat dondang sayang.

Beliau yang juga merupakan mentor Akademi Syair Nusantara berkongsi serta memberikan pendedahan mengenai beberapa irama yang jarang didendangkan oleh peserta. Jelas beliau;

Irama Dandan Setia dan Perantau sudah lazim dipertandingkan dalam pertandingan dendangan syair peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT), namun masih belum ada peserta yang menang menggunakan irama ini.

Puan Norliza Md Yamin sedang mengejar para peserta bengkel melalui pelantar Google Meet, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, irama Rawi pula masih belum diperkenalkan dalam mana-mana pertandingan syair di Malaysia kerana iramanya agak sukar dan mencabar kebolehan penyair untuk menguasai tekniknya dengan tepat.

Oleh itu, beliau telah mengambil peluang ini untuk mengajar para peserta supaya dapat mendendangkan ketiga-tiga irama syair ini dengan betul seterusnya mampu memenangi pertandingan yang kelak diadakan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi