Oleh Rasoul Manan
8 April 2023, 11:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Mewakili suara keramat pejuang bahasa dan sastera di Dewan Negara merupakan pejuangan semua pihak untuk saya angkat dan sentuh dalam membina ketamadunan negara”.

Demikianlah soroton ucapan oleh YB Senator Dr. Datuk Seri Awang Sariyan ketika berucap sebagai tetamu khas Malam Baca Puisi anjuran Persatuan Penulis Nasional (PENA), semalam.

YB Datuk Seri Dr. Awang Sariyan ketika sedang berucap merasmikan Malam Baca Puisi PENA.

Selanjutnya beliau mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk “Ikrar” yang ditulis khas sewaktu mengangkat sumpah sebagai senator seterusnya merasmikan majlis.

Majlis pada malam itu juga diselitkan dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim dan beberapa ahli PENA yang terpilih seperti Pyanhabib, Sani Sudin dan Ladin Nuawi.

YBhg. Datin Seri Haryani Harun penuh bersemangat mendeklamasikan sajak ketika majlis Malam Baca Puisi PENA.

Seterusnya, majlis diserikan dengan persembahan puisi oleh YBhg. Datin Seri Haryani Harun dan Datuk Dr. Radzuan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama pena beliau, Wanrazuhar.

Datuk Dr. Radzuan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Wanrazuhar sedang mendeklamasikan sebuah puisi kepada khalayak yang mendengar.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.